Hari ini bawa anak-anak menonton wayang Ejen Ali The Movie...Alhamdulillah dapat tiket awal jam 11.45 pagi..yang paling seronok kakak Humairah Nur Aisyah..dah lama dia tunggu hari ini...
Thursday, 28 November 2019
Ejen Ali The Movie
Posted by hada_wirda at 07:07 0 comments
Friday, 15 November 2019
Dah lama tak post dalam blog ni...
Posted by hada_wirda at 03:38 0 comments
Thursday, 3 October 2013
SHAKLEE
Posted by hada_wirda at 20:04 0 comments
Monday, 14 January 2013
MENGHITUNG HARI
Alhamdulillah kini dah 29 minggu DIA berada didlm rahimku...kami berdua suami isteri tak sabar nak menatap wajahnya bile dia lahir... in sya Allah bln 3 2013 ni...mcm2 rase ketika mengandung ni..beginilah rasenye buat mak yg telah melahirkan aku...mmg bukan senang nak membawanya...mcm2 dugaan kesihatan yg dialami.. kalau sebelum ni aku seorang yang aktif bile dah pregnent ni jdi slow huhuhu...namun aku terima dengan sabar n redha...nasib baik my hubby byk bagi support n caring sgt2. sungguh terharu...semoga nnti aku slmt bersalin dgn normal n siht baby dlm kandunganku..AMIN
Posted by hada_wirda at 06:28 0 comments
Thursday, 15 December 2011
25hb November 2011 Hari Bersejarah Buatku ....^_^
Assalamualaikum..
dah lama rasenyer ana tak mencoret di blog ni...berbulan rasanye...Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang telah memberikan ana nikmat kehidupan yang tidak terhingga...untuk pengetahuan semua tanggal tarikh 25hb November 2011 bersamaan 29 Zulhijjah 1432 Hijrah ana telah dinikahkan dengan pasangan pilihan hati ana iaitu Jalil Al Hakim bin Norman di Masjid At Taqwa, Kpg Sungai Yu.
Ana seperti tidak percaya kerana ana telah pun sah menjadi isteri kepada putera charming ana..Sebenarnya di sebalik pernikahan kami ni terselit pelbagai cerita yang tidak dirancang..tetapi itu semua ketentuan Allah SWT yang telah menentukan bahawa ana bernikah pada tarikh tersebut. Persiapan yang hanya 2 minggu seperti dalam mimpi sahaja ana rasakan...Namun begitu ana terima dengan hati yang redha dan ikhlas dan berfikiran positif, pasti disebalik semua ini pasti ada hikmah yang baik disebaliknya..sesungguhnya ana berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT yang telah memberikan ana banyak pertunjuk dan hidayahNya...TQ Allah...Alhamdulillah..
Buat suami ana yang tersayang..Abang sesungguhnya Sayang telah menerima Abang sejak mula lagi kita bertemu di hadapan Masjid Meru tu...walaupun masih terselit rase ragu-ragu ^_^..Alhamdulillah cara dan tarikan Abang telah menarik Sayang untuk yakin bersama Abang membina mahligai yang baru kita bina ini...
Ya Allah sesungguhnya Kau lah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang...Kau redhailah pernikahan kami ini..aminn..
banyak cerita disebalik pernikahan ini, namun biarlah ia menjadi rahsia antara kami..hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengetahuinya...
sekian coretan buat kali ini...^_^
Posted by hada_wirda at 04:28 0 comments
Wednesday, 5 October 2011
30 hb September 2011 ^_^
Tanggal 30hb September 2011..merupakan hari bersejarah dalam hidupku...apabila diri ini telah dirisik oleh seorang yang bernama lelaki...setelah hampir 9 bulan perkenalan kami..akhirnya kami sepakat untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius...TERIMA KASIH kepadaNya yang telah memakbulkan doaku...setelah beberapakali aku beristikharah..akhirnya Allah telah memberikan jawapan kepadaku untuk aku menerima dirinya...
Walaupun perkenalan kami hanya sekejap cuma, namun tak pernah aku rasakan begitu mendalam sekali perasaan ini terhadapnya...^_^ kali pertama aku merasai perasaan seperti ini yang tak terluah dengan gambaran...Aku berdoa agar hubungan ini lebih erat dan padu sehingga ke alam pernikahan kami akan datang...Semoga Allah mempermudahkan segala urusan jodoh kami berdua..AMIN
Posted by hada_wirda at 18:55 0 comments