Assalamualaikum..
dah lama rasenyer ana tak mencoret di blog ni...berbulan rasanye...Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang telah memberikan ana nikmat kehidupan yang tidak terhingga...untuk pengetahuan semua tanggal tarikh 25hb November 2011 bersamaan 29 Zulhijjah 1432 Hijrah ana telah dinikahkan dengan pasangan pilihan hati ana iaitu Jalil Al Hakim bin Norman di Masjid At Taqwa, Kpg Sungai Yu.
Ana seperti tidak percaya kerana ana telah pun sah menjadi isteri kepada putera charming ana..Sebenarnya di sebalik pernikahan kami ni terselit pelbagai cerita yang tidak dirancang..tetapi itu semua ketentuan Allah SWT yang telah menentukan bahawa ana bernikah pada tarikh tersebut. Persiapan yang hanya 2 minggu seperti dalam mimpi sahaja ana rasakan...Namun begitu ana terima dengan hati yang redha dan ikhlas dan berfikiran positif, pasti disebalik semua ini pasti ada hikmah yang baik disebaliknya..sesungguhnya ana berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT yang telah memberikan ana banyak pertunjuk dan hidayahNya...TQ Allah...Alhamdulillah..
Buat suami ana yang tersayang..Abang sesungguhnya Sayang telah menerima Abang sejak mula lagi kita bertemu di hadapan Masjid Meru tu...walaupun masih terselit rase ragu-ragu ^_^..Alhamdulillah cara dan tarikan Abang telah menarik Sayang untuk yakin bersama Abang membina mahligai yang baru kita bina ini...
Ya Allah sesungguhnya Kau lah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang...Kau redhailah pernikahan kami ini..aminn..
banyak cerita disebalik pernikahan ini, namun biarlah ia menjadi rahsia antara kami..hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengetahuinya...
sekian coretan buat kali ini...^_^
Thursday, 15 December 2011
25hb November 2011 Hari Bersejarah Buatku ....^_^
Posted by hada_wirda at 04:28 0 comments
Wednesday, 5 October 2011
30 hb September 2011 ^_^
Tanggal 30hb September 2011..merupakan hari bersejarah dalam hidupku...apabila diri ini telah dirisik oleh seorang yang bernama lelaki...setelah hampir 9 bulan perkenalan kami..akhirnya kami sepakat untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius...TERIMA KASIH kepadaNya yang telah memakbulkan doaku...setelah beberapakali aku beristikharah..akhirnya Allah telah memberikan jawapan kepadaku untuk aku menerima dirinya...
Walaupun perkenalan kami hanya sekejap cuma, namun tak pernah aku rasakan begitu mendalam sekali perasaan ini terhadapnya...^_^ kali pertama aku merasai perasaan seperti ini yang tak terluah dengan gambaran...Aku berdoa agar hubungan ini lebih erat dan padu sehingga ke alam pernikahan kami akan datang...Semoga Allah mempermudahkan segala urusan jodoh kami berdua..AMIN
Posted by hada_wirda at 18:55 0 comments
Wednesday, 9 February 2011
SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'
Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'
* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237
Untuk renungan dan amalan bersama ..
DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN
Posted by hada_wirda at 05:20 0 comments